Masjid Mesra Musafir

Masjid Kampung Semarang Dengkil

Tapak masjid yang berkeluasan lebih dua (2) ekar telah diwartakan oleh kerajaan negeri Selangor pada 2017. Telah mendapat kelulusan pembinaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak 2022 dan telah mendapat kelulusan kutipan daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada tahun yang sama.

Terdapat lebih 11 kampung di sekitar Semarang yang mana 90% daripadanya adalah penduduk Islam. Kepadatan kapasiti jemaah di masjid berhampiran memerlukan pembinaan segera Masjid Kg Semarang selari dengan perkembangan pembangunan setempat yang boleh mencecah 7,000 orang.

Lokasi masjid baharu yang strategik akan dibina berhampiran persimpangan bertingkat di simpang empat Dengkil yang menjadi laluan utama Putrajaya dan Kota Warisan/KLIA (Dengkil Bypass).

Plan Masjid

Masjid ini yang bukan sahaja bakal menjadi tempat ibadah dan pengimarahan penduduk setempat, malah menjadi tempat persinggahan yang mesra buat para musafir.

Masjid ini dibina bukan hanya untuk menunaikan solat semata-mata, tetapi juga sebagai pusat pengimarahan masyarakat. Tempat umat Islam belajar, berukhuwah, dan membina kekuatan rohani.

Kami mengajak tuan puan untuk turut sama menyumbang dalam pembinaan Masjid Kg Semarang Dengkil dan jadikan sedekah anda ini sebagai tanda syukur atas segala nikmat Allah yang tidak pernah putus – nikmat kesihatan, kelapangan, dan kemampuan yang kita kecapi saban hari.

Seruan ini bukan sekadar ajakan untuk memberi sumbangan, tetapi satu peluang bagi kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah. Nikmat yang kita kecapi tubuh yang sihat, masa yang lapang, rezeki yang cukup

Lokasi Tapak:
Masjid Kampung Semarang, Dengkil, Selangor

Koordinat: 2°51'32.9"N 101°41'39.6"E

Konsep Masjid

Kompleks Masjid Utama

Bangunan-bangunan Sokongan

Urusan Ibadat Jemaah

Urusan Pengurusan Jenazah

Majlis Perkahwinan

Aktiviti Kuliah/Seminar/Mesyuarat

Ruang Niaga

Urusan Pengajian Agama

Keperluan Binaan Masjid

Ruang Solat Lelaki

Ruang Sokongan

Bilik Imam, Bilik A/V, Mihrab, Mimbar

Tempat Wuduk

Bilik Pengurusan Jenazah

Ruang Solat Musafir

Rumah Penginapan Musafir

Bilik VIP (Jika perlu)

Ruang Solat Perempuan

Bilik Pejabat

Bilik Mesyuarat

Dapur Tempat Memasak

Bilik Air/Tandas

Pondok Rehat Musafir

135 Parkir Bay

3,000 Kapasiti Jemaah

Kebenaran Pembinaan Masjid oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Jurucakap Masjid Kampung Semarang, Dengkil

Ustaz Izmir
Dai Annas

Share Sikit - Pelangi Hikmah

Share Sikit - Tarbiah Insan

Share Sikit - Adab Cerminan Ilmu

Share Sikit - Bacalah

Ahli Jawatankuasa Penaja

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PEN. SETIAUSAHA

BENDAHARI

PEN. BENDAHARI

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PEN. SETIAUSAHA

BENDAHARI

PEN. BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

Jom Wakaf & Sumbang Sekarang

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
‌أَنْفِقْ ‌يَا ‌ابْنَ ‌آدَمَ ‌أُنْفِقْ ‌عَلَيْكَ

Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman: 'Berinfaklah, wahai anak Adam, nescaya Aku akan berinfak kepadamu.'" (HR Bukhari, 5037)

Sumbangan Anda
Jalan Menuju Syurga

“Apabila anak Adam meninggal dunia, terputus semua amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
-Hadis Riwayat Muslim-

5686 0305 4637
Scroll to Top